5 KECEDERAAN YANG SERING BERLAKU DALAM SUKAN HOKI
Apakah tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan?
•Sakit - di tempat yang cedera
•Bengkak - di tempat yang cedera
•Lebam - kebiruan di tempat kecederaan
•Kecacatan struktur - contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan patah)
•Kecederaan fungsi - contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)
•Sakit kepala - dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan
•Pening - terjadi semasa kecederaan otak
•Loya dan muntah - biasa berlaku berikutan kecederaan otak
APA YANG HARUS DILAKUKAN SEKIRANYA MENGALAMI KECEDERAAN SEMASA BERSUKAN?
•Prinsip asas ialah RICE.
R -
•'R' Untuk 'Rest' bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
•I -
•'I' Untuk 'Ice'. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
•C -
•'C' Untuk 'Compression'. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
•E -
•'E' Untuk 'Elevation' bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.
2 comments:
holoh2 cikgu pj..
xtau nk post ape g...haha
Post a Comment