BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 19, 2013

KESAKSIAN..

Kesaksian..kalau pegi church mesti sister kat sana tanya siapa yang ada kesaksian kepada Tuhan..saya salah seorang yang akan cakap "takda"..mungkin belum tiba masanya untuk buat rasanya..tunggu Tuhan buka hati untuk berkongsi kesaksian kepada semua..pertama kali buat kesaksian selepas saja balik dari Pangkor Pendidikan Luar..kesaksian saya tentang post saya sebelum ini..

Tapi saya hari nak buat kesaksian dekat blog saya tentang apa yang berlaku dekat church tadi.. hari ini sahabat saya buat pujian salah satu lagu pujian dia ialah 'Ada satu sobatku' maksud dia ada seorang kawan saya..lagu ini paling membuatkan saya tidak mampu berkata apa-apa..hampir saja air mata saya jatuh macam orang cakap air mata sudah dekat bibir mata tapi saya tahan..kenapa saya tidak mampu luahkan saja air mata saya tadi..hanya Tuhan yang tahu..saya belum mengerti apa yang Tuhan cuba sampaikan dekat saya..jom tengok lirik dia.. 
 
Ada satu sobatku yang setia
Tak pernah Dia tinggalkan diriku
Di waktu aku susah
Waktu ku sendirian
Dia selalu menemani diriku

NamaNya Yesus (2x)
Nama Yesus
Yang menghibur hatiku. (2x)

Mungkin saja siapa yang dengar lagu ini macam biasa tapi bagi saya sangat mendalam..kalau kita nyanyi pun lagu dia jenis yang happy-happy sebab Tuhan ada dengan kita..takkan kita sedihkan..hihi..mungkin selama ini bila saya susah saya tidak tahu Tuhan bersama dengan saya tapi saya salu cakap tak apa Tuhan tau kenapa jadi macam nie..tapi saya tidak sedar Tuhan ada dengan saya selama ini dan tenangkan hati saya sebab saya hanya fikir tentang masalah saya saja..Tuhan memang setia dan Dia tidak pernah tinggalkan diri saya..saya tengok kawan saya buat pujian saya hanya senyum saja tapi saya tahan saja air mata tu..mungkin Tuhan tahu saya dalam proses kenal Dia dengan lebih dalam..

Kebetulan firman hari ini tentang doa Yabes iaitu 1 Tawarikh 4 : 10 

Yabes berseru kepada Allah Israel, katanya
 "Kiranya Engkau memberkati aku berlimpah-limpah dan memperluas daerahku,dan kiranya tangan-Mu menyertai aku, dan melindungi aku dari pada malapetaka, sehingga kesakitan tidak menimpa aku!" 
Dan Allah mengabulkan permintaannya itu.

Pastor cakap jangan minta apa saja dekat Tuhan kerana Dia akan mengabulkan permintaan kita..sebagai seorang Kristian apa yang kita minta mestilah berpatutan..jangan minta yang bukan-bukan mestilah Tuhan tak nak bagi..berkenan Tuhan dengan permintaan kita Dia akan tunaikan cuma tunggu masa yang sesuai..saya cuma minta satu saja tadi minta result final saya gempak !! haha..yala..saya bukan orang yang pandai sangat tapi saya berusaha untuk belajar..yang lebih saya akan biar Tuhan yang uruskan sebab saya sudah buat part saya cuma tunggu doakan Tuhan saja..hihi..okay saya nak sambung study..last paper isnin ini..wish me and my friends good luck blogger semua.. :) AMEN.


p/s : tadi balik hostel tengok shootingstar..teruja buat wish dalam nama Yesus..sampai tutup mata okayy..hihi..semua termakbul..amen. :) TERPUJI NAMA-MU BAPA ..


Sunday, April 28, 2013

Bila aku bosan ..(eps 2)

sambungannya..........

Bila dah cakap OK FINE !! jangan haraplah nak pandang lagi semua bawa haluan masing-masing..sorang ke timur sorg pergi barat..aku pun buat-buat rajin potong kayu nak buat gajet dalam hati suruh dia pujuk..haha..menyampah betol.. bwekkkk..semua ceritakan pengalaman buat amali kayak dengan partner masing-masing aku hanya mampu tersenyum..malas nak cerita hal rumahtangga kat orang lain..haha..makan tengahari pula lepas masing-masing rehat sekejap mula berbaik..opp opp..jangan fikir dah baik..belum habis cerita lagi..makan tengahari makan sama..dah okay cakap t nak kayak balik..padahal aku dah rancang nak tukar partner dengan chai..hahah..ngekngokngongg..pukul 4 bermula dengan ekspedisi..keliling dua pulai + 2 jam dayung..mula memang aku semangat boleh pulak bawa goggle, sarung tangan, botol air kesayangan dan tuala..semua dalam keadaan sempurna..mula berkayak..kat tepi pantai ombak boleh dikatakan kuat juga..rasa memuji-memuja partner pun timbul balik..haha..ekspedisi dimulakan sampai je kat tanjung aku dah merasa mabuk laut..tapi aku kuatkan minda cakap biasa je..lepastu ombak gila bab* terlampau kuat aku dah rasa nak capsized je..tapi seganlah asyik aku je yang capsized..satu lagi aku takut botol air aku jatuh xmungkin ditemui lagi..huhu..lupakan hasrat untuk mematikan diri di tengah-tengah lautan..teruskan juga dayung..dalam hati sumpah seranah semua keluar cuma tak terkeluar dari mulut takut kena marah..pensyarah dah cakap ikut cakap sternman tapi aku sebagai bowman memandaikan diri memberi arahan..haha..bengong la..boleh dikatakan stress juga aku masa tu..partner cakap aku xbetul sikit waktu kayak..kuang ajaq..huhu..xkan aku sebagai bowman xbole cakap pape..huhu..dengan kayu yang besar boleh tengok obor-obor..*aku xpasti tu obor-obor mabuk laut katakan..haha..tanjung pertama berjaya diredah, perjalanan menuju ke tanjung kedua aku dah give up..air mata dah jatuh tapi sekejap je..aku tengok partner dayung dengan begitu semangat tetapi kayak tak gerak langsung pun..huhu..macam mana la nak sampai ke destinasi..perbalahan rumahtangga bermula sekali lagi..kanan sikit la..kiri sikit..ombak tu !! cepat sikit & blablablaaaaaa..akhirnya buat rafting..masa rafting muka aku dah berubah..marah + mabuk laut + nak muntah + sedih + nak nangis ...semua ada..encik sofri bagi bun ..bagi-bagi kat semua..aku xmakan langsung dalam hati nak cepat sampai..habis semua makan mula dayung ke pantai..aku tengok ming haur dengan syafiq rasa nak nangis je sebab ada juga seangkatan dengan aku mabuk laut cuma aku boleh dikatakan kuat sebab dua org muntah..aku masih mampu bertahan..mula la air mata menitis jatuh ke bumi sebab tengok syafiq berusaha walaupun berhenti sikit-sikit..mula la aku marah partner sebab nak cepatkan kali nie dia xbole sabar lagi terus marah aku YOU SHUT UP !! senyap terus aku..huhu..last-last sampai juga di darat sampai je naik darat terus duduk dengan sedikit kaunseling dari madam mary..haha.dan berbaik semula dengan partner..aku balik dengan tuala je..botal air keesokkan hari baru dijumpai..sarung tangan dan goggle aku bagi free kat orang kat sana..haha..

amali yang lain nanti update lagi tu pun kalau aku free..haha..byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Bila aku bosannn..

Bila aku bosan nak mampus teringin nak guling-guling kat katil pastu jatuh kat bawah..gilaaaaaa...disaat roomate dan chai menyiapkan buku log BSMM aku hanya mampu tengok sebab aku xda benda nak buat..arghhhhhh..nak study ..erkkkkk -.- ..belum tiba masanya lagi..main game kat phone pula asyik kalah, ok aku pun berhenti..layan instag pula tak banyak yang post latest photo, ok aku berhenti layan..layan fb pula..xda yang menarik, ok aku berhenti layan lagi..hurmmmmm.. aku update PL je la..

PENDIDIKAN LUAR 

Nie subjek major kitorg budak PJ..so wajib la jalani segala amali yang telah ditentu..gramatis x ayat aku??hampeehhhh..patutlah DR. Allison xnak layan assignment aku..panjang kot ulasan dia..lagi panajng daripada refleksi aku..haha..okayyyyyyyyyyy..kita balik semula ke pangkal jalan cerita kita..kali nie ktorg buat kat oangkor selama 3 hari 4 malam..biasa senior buat 6 hari 5 malam..gara-gara xda bajet lupakan jela nak lama-lama kat pangkor..macam biasalah amali kayak, abseiling, camp craft semua kena buat dengan orientering sekali..dah sampai pangkor baru rajin nak hafal anatomi semua benda..aku silap cakap anatomi kayak aritu dah tu kena pula dengan madam Mary memang hairan bin pelik die dengar jawapan aku..aku buat-buat tau la..haha..emosi salah sebut tu tadi mempengaruhi amali yang seterusnya..pulakkkkkk..partner a.k.a merangkap pakwe tersayang memang kena la..memuji-memuja semua kena kat dia..haha..dia sabar je..lepas tu amali capsized..punya la seronok nak buat sampai xcek langsung kayak terus kayuh ke tengah..tiba-tiba kayak masuk air..kayuh-kayuh ktorg buat capsized yang pertama dalam kumpulan..haha..lawak memang lawak tapi masa tu xsempat nak gelak sebab kayak dah tenggelam dengan paddle hilang di tengah-tengah laut..kena marah pula dengan lec sebab hilangkan paddle..hello !! paddle tu besi macam mana x tenggelam..sabo jela..naik speed boat dengan lec untuk balik ke darat ambil kayak terus rafting dengan geng-geng hasif+nuyu & ganu+sharon..cantik-cantik buat rafting dengan ktorg yang pertama buat capsized..dalam hati..damn la !! aku xtau camna buat H-rescue..nasib baik ganu ada..keluar daripada rafting, dah ready nak buat capsized, kena nak goyang-goyangkan kayak supaya kayak terbalik tapi ktorg goyang ambil masa 3 minit orang lain goyang 2 saat je..memang aku maki-hamun terus partner..die sabar lagi.ikut je cakap aku..sampai pensyarah bole gelak tengok sambil aku sabar dengar cakap abg sayang..kali ni aku pula yang sabar..akhirnya ktorg terbalik juga..capsized ktorg berjalan dengan lancar dengan 'sedikit' perbalahan..haha..kumpulan dah habis buat capsized so ktorg dayung balik ke darat semua keluar..aku xnak lagi partner dengan ko lagi, aku xnak buat ekspedisi dengan ko lagi, ko cari la partner lain, aku tau aku xtau buat & blablablablaaaaaaaaaa..diakhiri dengan OK FINE !! 


bersambung..........

Thursday, March 28, 2013

Hurmmmm...

Terasa nak update pulak memandangkan semua pakat ada entry..it been a long time..haaaaaaaahhhh.. (bunyi nafas lega) hahah...ngokngekngong..cuti-cuti..xbanyak yang berubah cuma diri ini semakin membesar..kalau tengok dah macam cikgu umur 30tahun..orang muda-muda kurus, slim dan menawan..kalau saya makin hari makin membesar macam my aunty..opssss...haha..jahatt muluttt ko nie..

nak update pasal cinta ? nanti orang cakap ada masalah pulak or nak sweet kat blog la tu..
nak update pasal assignmnt ?? cakap lebih tapi buat pun..
nak update pasal diri ??? TAK ADA YANG MENARIK !!
apa lagiii ???

saja nak warming up kat tangan dengan menaip sebelum buat assignmnt..ecece..bajet taip assignment panjang-panjang padahal copy and paste je..haha..

kepada rumate yang nampak entry terbaru nie sila dengar nasihat saya..

TOLONG BUAT KERJA !! HAHAHAHAHAH !! XD 

KBYE !!

Thursday, February 28, 2013

TUHAN SENTIASA ADA DI SISI SAYA..

Lama juga x post entry kat blog..dah berhabuk dah..kalau tajuk post dah macam so tahu2 la..bukan bajet alim or what tapi itu kebenaran..setiap manusia takkan lari daripada masalah dan perasaan dorang..tapi kita selalu je leka dengan dunia sekarang dan kita lebih cenderung kepada sesuatu yang bukan yang terbaik untuk kita..INGAT !! tak semua apa yang kita ada sekarang  akan menjadi milik selamanya..orang sekeliling kita xmampu bahagiakan kita kalau kita sendiri tak pernah berdoa kepada Tuhan meminta kebahgiaan itu..sedarkah kita selama ini apabila masalah menimpa baru terdetik hati mencari Tuhan..baru sedar nak berkongsi masalah dengan Tuhan..sedarkah kita bahawa Tuhan tidak pernah buang kita jauh daripadaNya seperti kita membuangnya..Dia nak kita sedar bahawa Dia tidak pernah seminit pun meninggalkan kita Dia nak kita sedar bahawa Dialah orang pertama yang sentiasa ada apabila maslah menimpa, apabila kita disisihkan, apabila kita tidak mampu berdiri sendiri, apabila hanya mampu mengalirkan air mata meminta simpati orang yang tidak sudi, apabila orang sayang tidak pernah ada untuk kita, apabila kita tak mampu lagi untuk meneruskan hidup..SEDARKAH KITA SELAMA INI ??!! TUHAN sentiasa membuka pintu, mendepakan tangan supaya kita kembali kepadanya..saya sedar selama ini kerana telalu mementingkan harta  di dunia daripada harta disorga..Tuhan sahaja yang memahami apabila diri ini tidak diperlukan oleh sesiapa..Tuhan sahaja tahu betapa diri ini memcuba menyembunyikan kegelisahan di hati.. Tuhan sahaja tempat mengadu walaupun diri ini terlalu banyak dosa..ingat apabila nafas berhenti kemana kita menghadap..kepada Bapa disorga..rasa tenang dihati..tak usah sempurna di mata manusia asalkan sempurna di mata TUHAN..akan sentiasa ada bayangan di hadapan dan Dia menghulurkan tangan apabila kita jatuh tersungkur..berdoa dari hati yan ikhlas dan percaya pada doa dan akan ada mukjizat akan berlaku..

SAYA SEBAGAI ANAK BAPA DISORGA SENTIASA MERASA KEHADIRAN TUHAN ..